
Sulit
5 tahun
Sudah 3tahun lebih berkahwin tapi masih belum di kurniakan zuriat,,,ADAKAH MALTOFER DAPAT MEMBANTU UNTUK HAMIL?
Umor saya dan suami 24…Sudah 3tahun lebih berkahwin tapi masih belum di kurniakan zuriat,ADAKAH MALTOFER DAPAT MEMBANTU UNTUK HAMIL??

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah sukar mendapat zuriat ini boleh disebabkan:
- Faktor wanita - seperti penyakit sindrom polisistik ovari
- Faktor lelaki - seperti sperma kurang, sperma tidak matang
Untuk mengetahui punca mengapa anda sukar mendapat zuriat, anda dan suami perlu mendapatkan konsultasi lanjut dengan doktor pakar bagi membuat pemeriksaan lanjut. Pengambilan Maltofer adalah makanan tambahan untuk menggantikan sel darah merah yang berkurangan. Ianya tidak dapat membantu meningkatkan peluang kehamilan. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.