ashmiza

5 tahun

Sudah seminggu sakit dada kiri setiap bangun tidur, adakah sakit jantung?

Selamat pagi
Assalamualaikum wbt

Sudah seminggu dada kiri saya sakit setiap kali bgn dari tidur, leher, dan lengan kiri juga sakit,

Adakah itu tanda2 sakit jantung?

Terima kasih kerana mengemukakan soalan anda.

Penyakit jantung boleh berlaku apabila fungsi jantung anda terjejas. Istilah penyakit jantung merangkumi serangan jantung, penyakit arteri koronari, aritmia (gangguan irama jantung), kardiomiopati (gangguan otot jantung), penyakit injap jantung dan infeksi jantung. Serangan jantung merupakan salah satu jenis penyakit jantung yang sering berlaku.

Darah beku biasanya terbentuk jika terdapat ateroma (plak lemak) dalam lapisan arteri. Plak ini mempunyai lapisan luar yang kukuh dan teras lemak dalaman yang lembut. Apabila plak lapisan luar pecah, teras dalaman lembut plak terdedah kepada aliran darah. Ia boleh menyebabkan pembentukan darah beku apabila mekanisme pembekuan dalam darah dicetuskan. Darah beku ini mengurangkan bekalan darah kepada otot jantung dan menyebabkan kematian otot jantung kerana otot jantung mengalami kekurangan oksigen. Penyakit ini adalah salah satu sebab kematian utama di Malaysia.

Antara faktor-faktor yang boleh meningkatkan risiko serangan jantung ialah tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, diabetes, obesiti, peningkatan umur, merokok, diet, sejarah keluarga dan kekurangan aktiviti fizikal. Tanda-tanda serangan jantung termasuk sakit dada, sesak nafas, berpeluh, pening, dan loya. Pesakit biasa mengalami masalah sakit dada yang teruk, dan kesakitan tersebut boleh merebak ke bahagian leher, belakang badan atau bahu. Sakit dada ini juga berlaku apabila anda melakukan aktiviti atau berterusan lebih dari 15 hingga 20 minit. Ada sesetengah orang yang tidak mengalami sebarang kesakitan semasa serangan jantung berlaku.

Anda harus mendapatkan rawatan dengan segera sekiranya anda rasa anda mungkin mempunyai serangan jantung. Namun, sakit dada tidak semestinya bermakna anda mengalami masalah jantung. Ia mungkin disebabkan oleh gangguan asid dari perut, sakit sendi, otot atau rusuk, sakit belakang atau penyakit yang berkaitan dengan paru-paru. Kebanyakan kes sakit dada ini tidak merbahaya. Sila rujuk kepada doktor untuk pemeriksaan lanjut. Terima kasih.

Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)