
Sulit
4 tahun
Suka membayangkan benda pelik pelik
sebelum ni pun memang perangai saya mcm ni. Ni cerita yg berlaku hari ni (agak geli) , saya duduk rumah dgn housemate , saya agak tak suka dia sbb dia like pengotor sikit memang macam tu kadang darah period dia pun melekat dekat lantai . toilet kitorang kongsi , lepastu hari ni dia ada masuk toilet , lepas dia siap saya masuk tiolet tu tgk ada kesan najis dekat mangkuk tandas. saya terus keluar pergi tandas lain , tapi seharian saya terbayangkan najis tu last sekali saya masuk tandas terus sembur dengan air tp xfuntion last sekali saya guna berus baru hilang . tapi masalah sekarang saya bayangkan benda yang pelik pelik sampai bayangkan saya cuci najis td guna kuku saya . Sampai xblh tido bayangkan benda tu lebih 20 kali sampai tercium cium bau kuku . adakah saya ada masalah mental . benda ni bukan sekali tp dh bnyk kali saya suka fikir benda yg bukan bukan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu fikiran yang membayangkan perkara pelik. Untuk makluman anda, masalah yang anda alami ini boleh disebabkan oleh:
- Tekanan (depressi)
- Keresahan (anxiety)
- Masalah bipolar
- Masalah personaliti
- OCD
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Bagi mengurangkan masalah ini dan tidak membiarkan ianya berlarutan, saya mengesyorkan anda untuk mengambil langkah langkah berikut:
- Luangkan masa dengan keluarga dan rakan-rakan
- Luahkan masalah dengan orang yang tersayang
- Amalkan gaya hidup yang sihat dan pemakanan yang seimbang
- Pastikan mendapat pekerjaan yang kurang tekanan emosi dan masa
- Dapatkan sokongan dan nasihat daripada pakar kounseling
- Cukupkan rehat dan waktu tidur
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor pakar psikiatri dimana penerangan lanjut, diagnosis serta rawatan boleh diberikan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Anda juga boleh menempah rundingan bersama doktor pakar pilihan anda di sini. Terima kasih.