
Sulit
5 tahun
Suntikan Ovidrel Shot
Salam dan salam sejahtera Dr . Saya ingin bertanya pada 7/3 saya telah mendapatkan suntikan ovidrel dari my Obgyn’s . After a week my breast become too sore an tenderness.
Adakah ini kesan dri suntikan tersebut atau saya ada potensi utk hamil? Kerana saya membuat HPT (home pregnancy test) utk melihat adakah suntikan tersebut sudah hilang dari badan saya . Dan ya HPT saya -ve . Tetapi breast saya masih sakit dan sensitive bila disentuh. Ini susah hari ke 9 selepas suntikan tersebut .
Tq in advance Dr.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang suntikan yang telah diambil. Untuk makluman pihak anda, suntikan ovidrel adalah sejenis suntikan yang digunakan dalam kaedah merawat masalah sukar hamil.
Suntikan ini biasanya tidak menyebabkan kesakitan pada buah dada. Namun kesan sampingan ubat ubatan boleh berbeza bagi setiap individu.
Bagi mengetahui maklumat lanjut tentang kesan suntikan ini dan status kehamilan anda, anda disarankan untuk mendapatkan kepastian daripada doktor pakar sakit puan anda kerana beliau lebih mengetahui sejarah obstetrik anda.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.