Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Susah kentut dan berak sedikit dan tidak puas

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Jun 19, 2021 3:59 PM

Sulit 7 bulan

Saya berumur 32 tahun dan saya cubaan untuk berhenti merokok, dalam tempoh percubaan berhenti merokok badan saya rasa tidak selesa dan badan berasa banyak angin sehinggakan saya sukar kentut dan apabila berak najis sedikit dan tidak puas, tetapi perut saya kerap mengulas…mohon pencerahan

Dr Sashini Seeni 7 bulan
General Practitioner

Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.

Melalui keterangan diatas, anda mengalami masalah membuang najis yang sedikit, kurang kepuasan dan sukar untuk kentut. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam hal ini.

Untuk makluman anda, apabila kekerapan untuk membuang air besar berkurangan dan kesukaran untuk membuang najis ia dinamakan sebagai sembelit. Sembelit merupakan satu gejala, bukannya satu penyakit.

Sebab-sebab biasa berlakunya sembelit ialah:

  • Kurang serat dalam diet.
  • Kurang aktiviti fizikal (terutamanya di kalangan warga tua).
  • Pengambilan ubat
  • Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar (Irritable bowel syndrome).
  • Penyalahgunaan julap.
  • Menahan untuk membuang air besar.
  • Kekurangan air.

Namun gejala ini juga boleh berlaku akibat kondisi yang serius yang memerlukan pemerhatian lebih lanjut daripada doktor seperti:

  • Radang usus (inflammatory bowel disease)
  • Penyakit atau keadaan tertentu seperti kencing manis.
  • Masalah dengan kolon dan rektum.
  • Masalah dengan fungsi usus (sembelit kronik yang secara tiba-tiba dan tanpa sebab.
  • Diverticulosis
  • Jangkitan parasit
  • Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar (Irritable bowel syndrome).

Oleh itu, anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut dan bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini .
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda.

Terima kasih

Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Dikemaskini pada: Sat Jun 19 2021 15:59:16 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Gastroenterologi tentang sembelit secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Ujian dan vaksin COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Ujian COVID-19 Vaksin COVID-19