
Sulit
5 tahun
Sy nak cuba hamil lagi
Sy brusia 40 thn dn nak cuba hamil lagi…bolh ke dgn mkn iberet folic 500 bagus tuk cb hamil…suami pun nk mkn jgk bolh ke

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, ubat Iberet adalah untuk menambah darah, dan ubat Folic 500 adalah untuk pembentukan sistem saraf bayi semasa dalam kandungan. Kedua-dua ubat ini bukan untuk meningkatkan peluang kehamilan. Suami anda tidak akan dapat faedah ubat-ubat tersebut, maka beliau mungkin akan mendapat kesan sampingan daripada ubat tersebut.
Umur anda merupakan umur berisiko untuk berhamil dan anda disarankan untuk berbincang dengan doktor anda tentang kehamilan tinggi risiko ini. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.