
Sulit
3 tahun
Symptom selepas buat swab test
Saya lelaki berumar 29 tahun, completed vaksin. Pada tarikh 8/9 kawan saya postive covid… pada 8/9 juga saya membuat swab test sendiri, result negative…pada tarikh 8/9 selepas saya membuat swab test hidung saya tersumbat, dan keesokan saya mula selsema dan batuk… batuk yang

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai pertanyaan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami gejala selesema, hidung tersumbat dan batuk. Anda juga memaklumkan bahawa kawan anda disahkan positive jangkitan Covid-19. Namun, kit ujian kendiri yang diambil oleh anda menunjukkan keputusan negatif. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala-gejala anda biasa dikaitkan dengan jangkitan Covid-19. Tambahan lagi, kawan anda juga disahkan positif. Sekiranya anda ialah kontak rapat kawan anda, ada kemungkinan untuk anda dijangkiti virus tersebut walaupun anda telah lengkap vaksinasi. Mengenai keputusan ujan kit kendiri, mungkin pada masa ujian tersebut diambil, kesan virus (viral load) tidak begitu tinggi untuk dikesan oleh kit ujian tersebut. Oleh itu, kami menasihatkan anda untuk merujuk kepada klinik untuk mendapatkan kepastian jika gejala anda disebabkan oleh jangkitan Coronavirus ataupun jangkitan lain sistem pernafasan. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi CAC berdekatan dengan anda ataupun mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama doktor kami.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini