
Sulit
3 tahun
Symptoms of second dose pfizer
Saya wanita berusia 24 tahun, normal ke after second dose dah baik demam and tomorrow nya pulak bengkak tonsil and badan pun panas sejuk je. Is that normal besides having other symptoms macam lenguh, muscles asyik sakit sakit je. I’m a little bit scare lah, walaupun before this memang biasa jelah tonsil bengkak then demam but dah lama tak.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala yang anda mengalami tersebut adalah kesan sampingan biasa untuk vaksin Covid. Kesan sampingan umum vaksin Covid termasuk:
- Sakit, bengkak di tempat suntikan
- Demam
- Menggigil (rasa sejuk)
- Sakit otot atau sendi
- Sakit kepala
- Kelesuan
- Batuk dan sakit tekak
- Loya dan muntah
Gejala-gejala ini akan menyembuh secara sendiri dalam jangka masa sekurangnya 1 minggu dan tidak menyebabkan sebarang komplikasi. Sejikanya diperlukan, anda boleh ambil ubat yang ditetapkan oleh doktor anda.
Sekiranya gejala anda jadi semakin teruk atau tidak sembuh, anda perlulah menghubungi 999 ataupun merujuk kepada doktor anda dan menghubungi talian CPRC di 0388810200/+60178429454.
Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara ini daripada doktor atas talian kami.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Sila klik pada link in untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini