
eyqamuchi
5 tahun
Tahi mata banyak ketika batuk dan selsema
Hi doctor. Anak saya sedang mengalami selsema dan batuk. Yang membimbangkan saya, tahi mata dia jadi tidak berhenti keluar. Lepas lap pun akan ada lagi. Warna kuning macamtu. Kalau bangun tidur pulak sampai berkerak, penuh kat bulu mata. Adakah ianya ada kaitan dengan batuk dan selsema?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah mata yang anak anda hadapi ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan Virus
- Jangkitan Kuman
- Alahan
Ia boleh menjadi kaitan dengan batuk dan selesema kerana kemungkinan anak anda mengelap hingus ke mata sehingga menyebabkan jangkitan kuman atau virus.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.