Anonymous
6 tahun
Tajuk Penyakt Skizofrenia
Saya 20 an. Saya mengalami skizofrenia 2 bulan yg lalu. Apa perlu sy buat untuk kembali pulih ye doktor?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Namun,terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat seperti:
- adakah anda didiagnos mempunyai skizofrenia oleh seorang doktor
- sekiranya ya, adakah anda dibagi ubat & masih dalam followup
Secara umumnya, untuk penyakit skizofrenia kami menasihati anda untuk mengikut arahan dan nasihat doktor tentang pengambilan ubat dan mengikut terapi yang ditentukan oleh doktor yang diagnos anda kerana ia akan membantu anda untuk kembali pulih. Sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian sekiranya anda ingin mengetahui masalah yang anda alami lebih lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih


























