
Sulit
2 tahun
Tak rasa skait perut
saya wanita berusia 21 tahun, saya mempunyai masalah untuk membuang air besar dan saya tidak berasa sakit perut langsung malah perut makn mengembung sebb saya tak membuang. ianya boleh sampai 3-4 minggu atau sebulan lebih tanpa sakit perut dan jika terpakse saya kadang2 meneran. adakah maslah saya ini normal atau apa yang pautu saya buat

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah sukar untuk membuang air besar boleh disebabkan:
- Kurat pangambilan serat
- Kurang minum air
- Masalah tiroid seperti hipotiroid
- Masalah elektrolit dalam badan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.