
liza.wan2805
6 tahun
Tanda Rahim tidak sihat atau Hamil
Saya wanita berumur 35tahun,sudah berkahwin selama 3tahun.Baru2 ni saya buat ujian hamil melalui Cleanblue test kit selepas seminggu period dan keputusan yg terpapar adalah “Pregnant 1-2” (mungkin 1 ke 2 minggu x pasti) kemudian 2 hari selepas tu saya mengalami seolah period darah tapi tak sekuat period,pada hari ke 5 mungkin penghujungnya hanya tinggal tanda coklat tapi agak berbau dan basah.
Adakah saya melalui masalah rahim?atau keputihan yang teruk?atau masalah lain?soal ujian positif kehamilan tu saya tak ambil serius kerana mungkin terlalu awal saya gunakan…mohon pencerahan doktor apa yang berlaku kepada diri saya & apa yang patut saya lakukan.terima kasih

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, keputusan itu bemaksud positif. Keputusan positif ujian kehamilan selalunya bermaksud anda hamil dan dalam kes terpencil boleh disebabkan oleh masalah kesihatan.
Pendarahan pula boleh disebabkan banyak sebab antaranya:
- implantasi janin
- ‘molar pregnancy’
- keguguran dan sebagainya.
Bagi mengesahkan punca kepada permasalahan anda, konsultasi lanjut adalah diperlukan. Anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor atau klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.