Sulit
2 tahun
Tangan bengkak dan kemerahan selepas vaksin
Saya mengambil vaksin AZ. selepas beberapa hsri tangan saya masih bengkak di tempat cucuk dan kemerahan. apakah penyebab inj berlaku?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut adalah kesan sampingan umum selepas suntikan vaksinasi. Bengkak dan kemerahan di tempat suntikan/cucuk terjadi sebab kecederaan pada saluran darah kecil dan tisu-tisu bawah kulit semasa suntikan jarum.
Kesan sampingan umum lain termasuki:
- Sakit di tempat suntikan
- Demam
- Menggigil (rasa sejuk)
- Sakit otot atau sendi
- Sakit kepala
- Kelesuan
- Batuk dan sakit tekak
- Loya dan muntah
Gejala-gejala ini akan menyembuh secara sendiri dalam jangka masa sekurangnya 1 minggu dan tidak menyebabkan sebarang komplikasi.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi jabatan berkaitan CPRC dengan talian 0388810200/+60178429454.
Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara ini daripada doktor atas talian kami.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini