Sulit

3 tahun

Tangan dan kaki sejuk

Saya gadis 18 tahun, sebelum tu saya minta maaf kalau saya tulis/tanya panjang sangat, minggu lepas saya keluar dengan kawan2 saya, and then time tengok wayang tu belakang saya bahagian tepi belah kiri tetibe sakit. And then saya tahan je la sebab sebelum ni pon pernah kena. Lepastu empat hari lepas tetibe tangan dan kaki saya sejuk tapi badan saya panas. Tiga hari lepas pulak, lepas saya baru bangun tidur belakang saya sakit sangat, and then badan saya panas, tapi lepas saya mandi hilang kejap, malam tu saya tidur menggigil sejuk sampai saya kena pakai jaket ngan stokin time saya tidur. Malam semalam saya cuba minum air banyak2 sebelum tidur, pastu harini saya rasa segar and tak panas dah. Tapi badan saya panas balik petang ni sampai sekarang and kaki dengan tangan saya pon sejuk balik. And then yang peliknya setiap kali saya kena pergi kelas saya kena check suhu, tapi suhu saya tak pernah lebih dari 36.5. Actually, sebelum ni pernah kena macam ni tapi demam sekejap je lepastu kat rumah ade ubat tapi kat kolej saya tak provide ubat pon. Saya tak tahu puncanya apa, saya rasa maybe la saya kurang air sebab saya tak minum sangat air. Tapi saya takut jugak sbb covid 19 ni kan.Tapi saya tak ada pon batuk ke ape. Suhu pon ok je. Doktor rasa saya kena pergi klinik ke? Lepastu saya tak tau la benda ni kena mengena ke tak or dapat membantu doktor ke tak dengan soalan saya, tapi saya ada masalah telinga, doktor pakar cakap saya kena infection sebab kuman kat tekak saya pergi ke telinga. Puncanya demam juga. Tapi yang sakit telinga ni dah dua tahun sampai sekarang (maksud saya lepas dah baik tu dia datang lagi). It takes 2 or 3 month baru die kering or pulih balik. Lepastu saya tak boleh makan protein macam telur,ikan bilis tapi saya boleh makan ayam, saya pon pelik dan makanan or minuman yang sejuk pon tak boleh, air masuk dalam telinga pon tak boleh, sebab nanti telinga saya gatal mula2, pastu ade warna hitam tak tahu la apa tapi macam kulat pastu keluar cecair putih and then bernanah and then kalau saya bersihkan sikit2 telinga saya yang dah bernanah tu dia berdarah sebab kulit telinga saya dah jadi nipis. But the point is kenapa saya jadi macam ni? Saya minta maaf sangat kalau saya tulis panjang or mengarut.

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.

Persoalan anda tentang jangkitan COVID-19 itu tepat, anda tidak mungkin menghidapinya kerana tidak batuk dan demam. Namun, jika anda ingin pergi berjumpa dengan doktor bagi kepastian, anda boleh berbuat demikian.

Kedua, persoalan anda tentang telinga pula boleh lebih difahami jika anda tahu tentang struktur telinga. Telinga adalah salah satu organ pada kepala dan setiap struktur pada kepala adalah saling berkaitan. Oleh itu, sekiranya berlaku masalah pada sesuatu struktur tidak kira telinga, mata, hidung atau mulut akan menyebabkan struktur lainnya juga turut terjejas. Jadi, sakit kepala adalah salah satu simtom yang sering terjadi apabila berlaku masalah pada struktur-struktur tersebut. Terdapat beberapa sebab sakit telinga.

Masalah pada struktur telinga iaitu:

  • Tahi telinga menyumbat lubang telinga
  • Jangkitan pada lubang telinga
  • Bendasing menyumbat saluran telinga
  • Jangkitan pada struktur dalaman telinga

Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasihsakit-telinga

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (31)