Sulit

2 tahun

Tangan kebas dan kesemutan tak pasti punca

Hi doktor , saya lelaki berumur 28 tahun . Sejak beberapa hari lepas saya mengalami rasa kebas ditangan kiri . Bermula hari pertama selepas bangun dari tidur saya rasa kebas satu tangan kiri dan dilengan kebas terasa seperti darah tak lepas dan rasa berdenyut sengal sengal macam tu . Seharian saya rasa macam tu . Keesokan harinya kebas dilengan mula lega dan hanya terasa kebas sikit di tapak tangan dan jari . Sehingga sekarang masih terasa kebas kadang kadang . Bila saya gerakkan tangan atau tangan bekerja atau bergegar pasti akan terasa kebas seketika dalam beberapa saat kemudian hilang . Bila saya urut atau picit satu tangan tiada rasa sakit dimana mana cuma bila saya picit atau urut di lengan , ia akan terasa kebas seketika bila saya berhenti urut atau bagi tekanan , kebas tu hilang. Saya cuba urut picit jika ada pembengkakan atau sakit tapi tiada . Cuma kadang kadang di lengan terasa berdenyut macam sengal sengal atau lenguh tu dan diikuti rasa kebas tu sikit . Deria rasa pada seluruh tangan semua ok . Rasa kebas ni hanya pada tangan kiri , anggota lain tiada . Rasa kebas ni makin kurang sebab saya sapu krim Gel Garci Pro yang memang untuk kebas dan untuk melancarkan peredaran darah . Sampai sekarang masih terasa kebas sikit je dijari , kadang tak perasan rasa kebas tu , kena gosok gosok jari baru rasa sikit . Jadi , apa masalah yang saya alami ni ya doc ? Adakah saraf atau masalah lain ? Terima kasih .

Dr Ramzdhan,

2 tahun

Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.

Menurut penjelasan anda, kami memahami anda mengalami kebas tangan sebelah kiri yang bermula selepas anda bangun daripada tidur. Kami akan cuba membantu anda.

Untuk makluman anda, masalah anda boleh berpunca daripada beberapa perkara seperti :

  • Kecederaan pada tangan
  • Posisi tidur yang kurang baik
  • Cubital tunnel syndrome
  • Masalah saraf
  • Penyakit kencing manis
  • Hipertensi

Kami menasihatkan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor supaya anda dapat dibantu dengan lebih lanjut. Anda boleh mendapatkan konsultasi bersama doktor kami secara atas talian untuk nasihat lanjut.

Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

sammy-williams-38Un6Oi5beE-unsplash%20(1)

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (31)