Sulit
3 tahun
Tangan kiri kebas semasa baring
Saya wanita berumur 22 tahun. Saya telah mengalami kebas tangan pada sebelah kiri dalam masa sebulan ini. Kebas tersebut terjadi apabila saya sedang baring dan akan terasa sangat sakit dan kebas selepas saya bangun tidur pada keesokkan harinya. Walaupun saya baring sekejap, terus rasa kebas. Selain itu, saya turut mengalami pusing secara tiba-tiba dalam jangka masa yang pendek. Saya belum berjumpa ke doktor dan ingin bertanya disini dahulu. Sekian terima kasih.
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kebas tangan yang anda alami boleh disebabkan:
- Diabetes
- Carpal Tunnel Syndrome - apabila saraf tangan dihimpit struktur sekitar pergelangan tangan
- Aliran darah yang tidak mencukupi
- Trauma - pada siku atau pergelangan tangan
- Masalah neurologi seperti Multiple Sclerosis, Sindrom Guillain-Barre
- Gejala awal strok
Setiap diagnosis memerlukan persoalan yang lebih terperinci untuk memberi diagnosis yang tepat. Maka, kami memerlukan maklumat lanjut daripada anda untuk mengenalpasti punca sebenar. Jika perlu, kami akan merujuk anda kepada pakar dengan memberi surat rujukan yang sewajarnya.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan segera bagi memastikan diagnosis yang tepat dan awal dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.