
adnanwidiyawati
4 tahun
Tangan Kiri tiba2 kebas
Sy pesakit stroke, ppuan, 42 thn. Kaki Dan tgn Kanan sy lemah akibat serangan stroke Kali kedua.
Sy mempunyai diabetic Dan high blood pressure.
Hari ini sy mengalami kebas Dan pressure di tgn Kiri. Adakah kemungkinan sy mengalami serangan stroke Kali ke3. Blood pressure sy normal.
Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan dan sejarah kesihatan yang anda berikan, anda perlu berjumpa dengan segera dengan doktor kerana gejala yang anda alami boleh disebabkan strok, serangan jantung ataupun masalah saluran darah arteri tangan tersumbat. Sekian