Sulit
4 tahun
Tangan menggigil,kaki cepat kebas,ajri berasa panas terbakar,dada berdegup sangat laju secara tiba tiba dan hidung seperti sensetif sesuatu
Salam sejahtera doktor,
Saya wanita berumur 17 tahun,saya mengalami ini selama 5 ke 6 tahun.
: Kaki cepat kebas
: Tangan sering menggigil
: Jari tangan kadang² berasa panas terbakar
: Dada berdegup sangat laju secara tiba² dan ia membuatkan saya sukar bernafas
: hidung saya seperti sensetif sesuatu"hidung saya berasa gatal dalam dan bersin kerap bila baru lepas mandi,berada di luar,tempat terlalu sejuk,haritu di parking kereta pun hidung saya sensetif
Harap doktor memahami soalan saya, terimakasih doktor,semoga doktor dipermudahkan segala urusan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan soalan dan kenyataan anda, terdapat beberapa punca yang menyebabkan anda mempunyai masalah sedemikiann:
- Psikologi:
- Kemurungan (depression)
- Keresahan (anxiety)
- Rehat yang tidak mencukupi
- Perubatan:
- Masalah tiroid
- Reaksi alahan
- Masalah jantung
- Kencing manis
- Kesan sampingan ubat ubatan yang diambil
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Ia juga boleh disebabkan oleh perkara lain yang tidak kami sebutkan di atas. Sukar untuk kami katakan sama ada anda mempunyai masalah mental ataupun masalah perubatan yang lain berikutan lebih banyak maklumat diperlukan dan anda perlu membuat pemeriksaan bersama dengan doktor. Pemeriksaan lanjut oleh doktor adalah diperlukan supaya punca masalah anda dapat diketahui dan rawatan dan bantuan dapat diberikan kepada anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah yang anda alami. Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor kami mengenai masalah yang anda alami. Terima kasih.



























