
Sulit
4 tahun
Tangan selalu menggeletar tanpa henti bila nervous makin kuat menggeletar
saya berumur 17,tahun saya ada tangan menggeletar,saya sudah berjumpa dgn doc tpi result bukan sbb hipertiroid.adakah ini psychogenic tremor.sbb saya ada anxiety

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah tangan menggeletar ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara selain dari hipertiroid. Antaranya:
essential tremor (tangan menggeletar tanpa sebab)
penyakit cerebellar
Penyakit Huntington
kesan sampingan ubat, seperti ubat psikiatri, anti-epilepsi, anti-asma, dan ubat imunosupresan tertentu
pengambilan kafein berlebihan
penyalahgunaan alkohol atau dengan ketagihan
anxiety (kegelisahan)
gula dalam darah rendah
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Pihak kami tidak dapat untuk menentukan punca masalah tangan anda hanya dengan maklumat yang diberikan. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.