
Anonymous
5 tahun
Tapak kaki baby selalu gatal2 bila waktu tengah mlm.hanya bahagian kaki saja gatal
Hi doc…saya mempunyai seorang bayi berusia bawah 2 tahun.saya perasan dalam seminggu ni tapak kaki dia selalu gatal2 waktu tengah malam.badan tak gatal.mohon penjelasan doc ya.tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak puan, bayi biasanya akan gemar menggaru bahagian badannya seperti kepala dan kaki. Hal ini adalah kerana saraf dan pergerakan motor mereka sedang berkembang. Namun begitu, gatal pada tapak kai ini juga boleh disebabkan oleh masalah seperti ruam, jangkitan kuman pada kulit atau gigitan serangga.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang bayi anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.