wansha19
4 tahun
Tekak berlendir dan lidah, mulut kebas
Hi Dr, sya syazwan berumur 21thn, lelangit dan lidah terasa kebas selepas terminum air panas, pada keesokan harinya, tekak dan lelangit rasa berlendih dan tekak jadi gatal… bila try untuk keluarkan angin melalui mulut terasa acidity pada bahagian mulut dan hidung
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hi!
Tekak berkahak atau tekak berlendir boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Radang tonsil
- Jangkitan kuman atau virus padak tekak
- Trauma pada tekak
- Jangkitan paru-paru
- Jangkitan Tibi
- Bronchiectasis
Bagi masalah lidah dan lelangit kebas ia selalunya disebabkan masalah dhidrasi lebih-lebih lagi sewaktu cuaca panas ini. pastikan anda minum air secukupnya. Namun, ia juga boleh disebabkan masalah kesihatan lain seperti:
- saraf
- trauma
- ulser
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.