Sulit
4 tahun
Tekak luka dan ulser yang besar
Saya lelaki berumur 23 , sudah 8 hari tekak saya sakit ketika nak minum atau makan dan ianya disertai dgn ulser yg besar di pipi kiri jadi adakah ianya normal ? Atau ada sakit lain? Sudah 2 kali sy ke klinik …
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, ulser di bahagian mulut boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya:
- Kecederaan akibat makanan seperti yang pedas
- Kecederaan akibat struktur gigi yang kurang baik
- Tabiat merokok
- Kurang menjaga kebersihan mulut
- Jangkitan di dalam mulut
- Gejala penyakit lain seperti kekurangan vitamin dan zat besi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Anda boleh merujuk doktor, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.