Sulit
3 tahun
Tekak selalu sankut nasi
Sy remaja dua puluhan, nk tnya kenapa setiap kali makan… mesti ade nasi yang kecil sangkut ditekak dan apa rawatan yang sy perlu buat?. Adakah bahaya jika dibiarkn?.. mohon penjelasan
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah yang anda alami boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Esofagus menjadi sempit
- Masalah saraf menyebabkan kesukaran untuk telan
- Gastroesophageal reflux disease (GERD)
Jika anda mengalami gejala seperti ini, saya sarankan anda untuk ke klinik atau hospital dengan segera:
- Kesukaran atau kesakitan apabila ingin menelan makanan
- Kesukaran untuk bernafas
- Batuk
- Kulit bertukar pucat
- Pitam
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.