Sulit
3 tahun
Tekak sentiasa berkahak sejak 2 tahun lalu
Hi doc. Saya ada masalah dengan tekak yang sentiasa berkahak, kahak berwarna putih. Saya tidak batuk mahupun selsema. Saya guna sering sakit kepala di bahagian kanan hingga ke mata kanan. Adakah bahaya? Dan adakah disebabkan kahak itu, swab test covid 19 akan positive?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Kahak di tekak tak bermaksud anda telah mendapat jangkitan Koronavirus.
Apabila terjadi batuk berkahak yang lama dan berterusan, terdapat beberapa kondisi yang mungkin dialami oleh anda seperti:
Asma
Sinusitis
Jangkitan saluran pernafasan atas
Bronkiektasis
Tuberkulosis (Tibi)
Bronkitis
Kanser paru-paru
Tekak berkahak berpanjangan? Dapatkan kelegaan segera.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.