
Sulit
4 tahun
Tekanan emosi yang melampau
Saya wanita 20 tahun.Saya mengalami tekanan emosi yang agak teruk,saya suka duduk sendirian,kadang² rasa takut untuk menghadapi orang sekeliling sehingga merasa lebih sanggup untuk mengurung diri,apabila saya bersendirian sy selalu menangis atau ketawa tanpa sebab. Ada kalanya sy merasa cemas dengan sesuatu hal yang kecil.perkara yang paling teruk adalah apabila saya tidak dapat mengawal emosi saat marah,seluruh tubuh badan sy akan mengejuk,berpeluh dan menggeletar dan kadang kala saya hilang kawalan sehingga memuukul diri sendiri. Jadi doktor…apakah yang sebenarnya terjadi pada diri saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang kondisi anda.
Untuk makluman anda, masalah tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Tekanan (depressi)
- kurang rehat
- Keresahan (anxiety)
- Fobia
- Masalah personaliti
- gangguan panik ( panic disorder )
Untuk mengetahui punca masalah anda, maklumat lanjut daripada anda adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Setelah puncanya dikenalpasti, rawatan yang tepat dapat diberikan kepada anda.
Oleh itu, saya sangat menasihatkan anda untuk ke klinik berdekatan atau ke klinik psikiatri di hospital. Anda boleh menjelaskan apa yang anda jelaskan disini kepada doktor yang bertugas.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.