Sulit
4 tahun
Telah veksin tapi kena penyakit covid19
Kenapa orang yang telah diveksin tetapi die kena jugak penyakit covid19 niee…?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, vaksin berfungsi dengan membantu sistem imuniti badan manusia menghasilkan antibodi terhadap covid virus. Ini akan memberi kita tahap perlindungan, tetapi bukan seratus peratus mencegah jangkitan.
Sekiranya sesuatu individu mempunyai sistem imuniti yang lemah, tidak berupaya untuk menghasilkan antibodi yang secukup dan kuat sekali, individu tersebut akan berisiko untuk dijangkiti berbanding orang lain.
Oleh itu, selepas vaksinasi, kita masih perlulah mengikuti SOP, memakai mask, rajin basuh tangan, jaga kebersihan masing-masing dan jarakkan diri sama lain.
Untuk maklumat lanjut dan soalan lain, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi talian CPRC di 0388810200/+60178429454.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini
























