Sulit
3 tahun
Telinga berdengung berair gatal2 tak selesa
Assalamualaikum dok sy perempuan 21 tahun sy mempunyai infeksi dalan telinga sy nak tanya klu bengkak dalam telinga nrmal ke klu pendengaran sy kurang berdengung gatal dan berair sy selalu overthingking takut pekak an bila menelan atau mengunyah rasa dengung dan berdesing
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, jangkitan telinga (atau disebut otitis media akut) adalah jangkitan pada telinga tengah, satu ruang yang dipenuhi udara di belakang gegendang telinga yang mengandungi tulang kecil telinga yang bergetar.
Antara gejala yang boleh berlaku dalam jangkitan telinga adalah
- Sakit telinga
- Keluar cecair dari telinga
- Masalah pendengaran
Setelah jangkitan telinga anda sudah sembuh, pendengaran anda akan kembali normal. Namun, sekiranya terdapat kerosakan kekal pada gendang telinga atau struktur telinga tengah yang lain, gangguan pendengaran yang kekal mungkin berlaku.
Oleh itu, sangat penting untuk anda merawat telinga anda dengan betul seperti yang disarankan oleh doktor yang merawat anda.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.