
Sulit
4 tahun
Telinga Berlendir & Rasa Sakit
Telinga kanan saya seperti ada air di dalam setiap masa dan rasa sakit seperti ada jerawat di dalam. Bila saya korek, nampak macam ada lendir. Saya dah consult dengan doktor di klinik dan diberikan ubat antibiotik dan tahan sakit pada 2 hari lepas. Doktor tersebut beritahu mungkin gegendang telinga bocor. Dan doktor tersebut nasihatkan jumpa semula dalam masa 5 hari lagi untuk lihat perubahan. Cuma saya risau sebab rasa macam tiada pengurangan dan masih rasa sakit. Patut saya rujuk ke pakar? Atau tunggu dan rujuk semula doktor tersebut?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu masih berasa sakit telinga dan berlendir walaupun selepas merujuk kepada doktor.
Telinga adalah salah satu organ pada kepala dan setiap struktur pada kepala adalah saling berkaitan. Oleh itu, sekiranya berlaku masalah pada sesuatu struktur tidak kira telinga, mata, hidung atau mulut akan menyebabkan struktur lainnya juga turut terjejas. Jadi, sakit kepala adalah salah satu simtom yang sering terjadi apabila berlaku masalah pada struktur-struktur tersebut. Terdapat beberapa sebab sakit telinga.
Masalah pada struktur telinga iaitu:
- Tahi telinga menyumbat lubang telinga
- Jangkitan pada lubang telinga
- Bendasing menyumbat saluran telinga
- Jangkitan pada struktur dalaman telinga
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami.
Terima kasih
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.