Sulit
2 tahun
Telinga gatal, berair dan berkeruping
Hai doktor, saya selalu rasa gatal pda bahagian dalam telinga. jadi saya akan korek telinga menggunakan cotton bud. kerap juga rasa gatal ni jadi saya kerap korek telinga. lama2 saya rasa telinga saya berkeruping dan saya akan cabut2 keruping tu kemudian rasa telinga berair dan jdi berkeruping lgi. keadaan ni berterusan hampir beberapa bulan. knp telinga saya jadi macam ni doktor? terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi iaitu telinga berair dan berkuping. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan kuman pada telinga
- kebocoran pada gegendang telinga
- nanah/abses
- ekzema
- radang luar telinga (otitis externa)
- jangkitan kulat
Oleh itu, anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut dan bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini .
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih