Sulit
5 tahun
Telinga kiri berdengung/berdesing
Hai Dr. Saya wanita berumur 35 tahun. Dalam 2-3 minggu ini, telinga kiri saya asyik berdengung sama ada saya berbaring, berdiri atau duduk. Apa yang saya peradan, apabila saya sengetkan kepala saya ke sebelah kanan, bunyi tersebut akan berkurangan/berhenti. Untuk makluman Dr. saya seorang yang sihat dan tiada apa-apa penyakit. Terima kasih.
5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan pada telinga (otitis media)
- Benign positional vertigo
- Impacted ear wax (tahi telinga tersumbat)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.



































