Sulit
3 tahun
Telinga mcm ade air dan udara lepas infeksi
Hai slmt pgi sy nk tanya normal ke klu lepas infeksi telinga kekal berdengung??lepas sy bngun tidur x de dengungan tp setiap kali sy tnduk kebawah mcm ade bunyi (plup3)thentelinga kembali berdengung keadaan mcm ni buat sy x selesa sangat mengganggu tiada sebarang kesakitan mohon penjelasan:sob:
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, telinga berdengung boleh berlanjutan untuk beberapa hari setelah anda menyelesaikan rawatan untuk jangkitan kuman dalam telinga anda. Keluhan anda boleh juga menyarankan yang anda mungkin mengalami ‘pulsatile tinnitus’ kerana telinga anda cuma berdengung setelah tunduk hadapan. ‘Pulsatile tinnitus’ disebabkan oleh:
- Benign intracranial hypertension- lazim dalam kalangan wanita obese. Simptom termasuk telinga berdengung, sakit kepala, penglihatan kabur, telinga rasa penuh, kesukaran mendengar bunyi berfrekuensi rendah dan pening.
- Intracranial venous malformation
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Anda boleh juga mendapatkan pendapat doktor pakar telinga,hidung dan tekak (ENT specialist) melalui link ini (specialist booking). Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.