
Sulit
4 tahun
Telinga saya tersumbat sewaktu saya bangun subuh tadi 04:40am & saya perasan telinga kanan saya tidak dapat mendengar dengan jelas & adakalanya tidak sama sekali tidak dapat mendengar
Saya lelaki berusia 46 tahun, seorang driver Bas Sekolah… Masalah saya selepas bangun awal subuh tadi, saya perasan telinga kanan saya tidak dapat mendengar demgan jelas, ianya seperti tersumbat sesuatu…

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang pendengaran anda yang semakin teruk berlaku pagi tadi. Pasti anda risau kerana ini boleh menjejaskan produktiviti anda melakukan kerja anda.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala telinga tersumbat yang anda alami boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Gumpalan tahi telinga yang mengeras - akibat penggunaan pengorek telinga
- Bengkak laluan dalam telinga - akibat jangkitan kuman
- Jangkitan dalam telinga (otitis media)
- Kumpulan cecair dalam telinga (otitis media with effusion)
Masalah telinga memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan seperti nama ubat titisan tersebut serta gejala lain yang anda alami serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.