
chellayin11
4 tahun
Telinga sebelah kanan sakit
1 weeks rasa sakit telinga sebelah kiri, then just letak ubat yang MA bagi tnpa ada check dlu, lepas guna tu mmg ada rasa ok sikit. lepas selang berapa hari tu telinga sakit balik, xda luka or apa-apa tp dia punya sakit tu smpai ke rahang saya. kena telan panadol dulu baru dapat tidur. kalau ditekan makin sakit rasa dia. then, sy juga bukan jenis yang dengar lagu guna earphone, saya still mencari sebab kenapa telinga saya macam tu. Nak study pun tak boleh sebab sakit sangat.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sakit telinga boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan dalam telinga
- Radang dalam telinga akibat penggunaan putik kapas atau tindakan mengorek telinga
- Pembengkakan kelenjar di belakang telinga
- Mastoiditis - Jangkitan pada tulang berhampiran telinga
- Kista
- Abses atau nanah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.