
Sulit
4 tahun
Telinga sebelah Kiri Saya bengkak keluar cecair warna kuning Dan putih
Saya lelaki berumur 24tahun telinga sebelah Kiri Saya bengkak setiap Kali 2jam mesti keluar cecair warna kuning Dan putih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Berkemungkinan masalah yang anda alami adalah jangkitan telinga (atau disebut otitis media akut). Ianya adalah jangkitan pada telinga tengah, satu ruang yang dipenuhi udara di belakang gegendang telinga yang mengandungi tulang kecil telinga yang bergetar.
Antara gejala yang boleh berlaku dalam jangkitan telinga adalah
- sakit telinga
- keluar cecair dari telinga
- masalah pendengaran
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Saya tidak menolak kemungkinan lagi untuk masalah telinga anda. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor agar rawatan selanjutnya boleh diambil.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.