
Sulit
3 tahun
Tempat cucuk menjadi bengkak dan kemerahan
Hai dokter…saya ada soalan…anak berusia 1 tahun 6 bulan dan semalam anak saya telah menerima cucuk untuk 1 tahun lebih,soalan saya tempat cucuk anak saya menjadi bengkak dan kemerahan adakah ia normal atau saya kena rujuk ke klinik?terima kasih dokter.

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Pediatrician kami sedia membantu.
Untuk pengetahuan puan, kondisi anak puan boleh menandakan bahawa kesan sampingan terhadap vaksinasi telah/sedang berlaku, namun ia juga boleh disebabkan gangguan yang lain seperti jangkitan kuman, kelainan kulit, kesan sampingan ubat-ubatan dan sebagainya. Justeru puan dinasihatkan untuk berjumpa doktor dengan segera agar pemeriksaan yang lebih lanjut dapat dilaksanakan terlebih dahulu, sebelum kita merangkumkan apakah ianya memerlukan tidakan lanjut mahupun sebaliknya.
Tambahan lagi, ingin juga saya sampaikan bahawa, berikut merupakan beberapa kesan sampingan yang berkemungkinan dialami setelah penerimaan vaksin MMR
- Lokal (di kawasan suntikan)
- Sakit atau ketidakselesaan
- Bengkak
- Kemerahan di tempat suntikan dan sekitarnya
- Sistemik:
- Demam
- Selsema
- Batuk
- Pening kepala
- Kepenatan atau lesu
- Reaksi alahan:
- Bengkak saluran kelenjar
- Ruam yang sederhana
Walaupun kesan sampingan ini mungkin atau mungkin tidak akan dialami oleh kanak-kanak setelah menerima vaksin tersebut. Ia lazimnya tidak akan mendatangkan kesan yang serius pada kanak-kanak tersebut malah seorang kanak-kanak lebih berisiko untuk mendapatkan komplikasi dari penyakit mumps, measles & rubella serta komplikasinya yang berat, sekiranya tidak di vaksin.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Namun, informasi yang telah diberikan hanya berdasarkan gejala yang telah anda sampaikan. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapatkan rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.