Sulit
5 tahun
Tepung susu untuk bayi 7 bulan
Hi dr., saya difahamkan wabak covid 19 ini merebak luas daripada perhimpunan di Masjid Sri Petaling. Semalam husband saya beli tepung susu untuk bayi saya di salah satu kedai di Sri Petaling, nak tanya dr. adakah tepung susu tersebut selamat untuk bayi saya minum? Sekian, terima kasih.
5 tahun
Salam sejahtera!
Terima kasih untuk soalan yang telah anda. Saya fahami tentang kebimbangan anda memandangkan wabak COVID19 sedang berleluasa. Virus ini boleh hidup selama 24 jam pada permukaan. Bagi langkah berjaga-jaga, anda disarankan membersihkan luar tin tepung susu tersebut. Kandungan tin susu tersebut seharusnya tidak tercemar kerana virus tersebut tidak boleh menembusi objek dan hanya akan duduk pada permukaan tin susu tersebut jika ia dicemarkan. Maka, susu tersebut selamat untuk bayi anda minum.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih sekali lagi. Saya berharap jawapan yang telah saya berikan boleh membantu anda.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































