amirfarid74
4 tahun
Terasa seperti telinga tersumbat
Saya amir berusia 25 tahun, mengalami rasa tidak selesa pada bahagian sebelah kanan kepala dan muka dan rasa seperti telinga tersumbat.
Pada awalnya (4 minggu lepas) saya mengalami selsema teruk dan sakit kepala. Kemudian selsema sudah beransur pulih, saya mengalami rasa tidak selesa di telinga sebelah kanan sehingga sakit kepala di sebelah bhgian kanan.
Saya sudah berjumpa dengan doktor di klinik kesihatan, doktor mendapati telinga saya ada kemerahan dan doktor menasihatkan sy untuk menukar cermin mata baharu dan guna ubat titis (eardrop) yang diberikan. Saya tidak memakai cermin mata untuk dalam masa 3 minggu ini, tinggal rasa seperti telinga tersumbat (pendengaran sedikit masih jelas tapi tidak sama kuat dengan di sebelah kiri.
Adakah disebabkan cermin mata saya atau memang masalah dari telinga saya? mohon jawapan daripada doktor. terima kasih.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala seperti telinga tersumbat boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Jangkitan dalam telinga - jangkitan selesema yang naik ke telinga
- Resdung
- Gegendang telinga koyak - akibat nanah atau perubahan tekanan
- Tahi telinga yang tersumbat
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.