
Sulit
4 tahun
Terguna puting botol susu yg digigit tikus
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Baru2 ni sy tak tahu puting botol susu anak saya tikus sudah gigit. Tapi sy gunakn puting tu sbb tiada puting lain untuk tukar dan waktu tu dah malam. Ada apa2 efek tak. Anak setakat ni aktif macam biasa.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang kesihatan anak anda. Untuk makluman anda, secara umum, menggunakan sesuatu objek yang merupakan bekas gigitan tikus pastinya berbahaya kerana dikhuatiri objek tersebut dijangkiti kencing tikus.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Pesakit yang dijangkiti penyakit kencing tikus akan mengalami gejala yang ringan sahaja contohnya demam panas, sakit sendi, mata merah dan sakit perut. Ada sesetengah pesakit yang boleh mengalami gejala yang teruk contohnya kerosakan buah pinggang, jaundis, pendarahan dalam paru-paru serta jangkitan kuman otak dikenali sebagai meningitis. Biasanya, kelewatan mendapatkan rawatan awal terhadap demam yang dianggap biasa merupakan punca kepada penghidap penyakit kencing tikus ini maut. Oleh itu, sekiranya anak anda mengalami sebarang gejala seperti yang dimaklumkan di atas, anda hendaklah membawanya segera berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih