
muslimtianshi
4 tahun
Terlekat tulang ikan dah 5hari
Saya wanita umur 30, terlekat tulang ikan dah 5hari masih terasa tulang ikan tu. Tak sakit, cuma sesekali terasa tercucuk sikit. Adakah tulang ikan tu boleh terkeluar sendiri nanti, dan adakah apa² effect sekiranya saya membiarkan terlalu lama. Adakah saya perlu berjumpa doktor utk membuang tulang ikan tu. Saya dah buat berbagai cara lain tp tulang masih tidak mahu turun.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami pada ketika ini. Untuk makluman anda, tulang ikan itu boleh terkeluar dengan sendiri sama ada dengan batuk ataupun melalui najis. Terdapat juga kemungkinan di mana tulang tersebut telah keluar tetapi anda berasa tidak selesa kerana terdapat luka di saluran makanan anda dan ia menyebabkan anda mempunyai perasaan seperti tulang ikan itu masih berada di situ.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Anda tidak perlu risau sekiranya tulang itu telah keluar dan luka itu akan sembuh. Sekiranya anda masih berasa tidak selesa dan ia mengganggu aktiviti harian anda, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor ENT untuk siasatan lanjut dan melihat sama ada tulang tersebut masih berada di tekak anda ataupun tiada.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.
Sila berjumpa doktor dengan segera sekiranya anda mengalami masalah berikut:
- Kahak dan muntah berdarah
- Sakit tekak yang mengganggu tidur dan aktiviti harian
- Masalah untuk bernafas
- Tidak dapat menelan makanan disebabkan sakit atau tidak selesa
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami. Terima kasih.