
Sulit
3 tahun
Tidak boleh angkat berat akibat patah peha adakah dalam kategori cacat kekal?
Assalamualaikum… saya mengalami kemalangan dan patah peha dan bila buat pembedahan dimasukkan besi jenis plate… saya nak tanya bila dah sembuh ssepenuhnya adakah saya boleh mengangkat barang berat? Jika tidak boleh adakah kategori cacat kekal disebabkan tidak boleh angkat barang berat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan pertanyaan anda, anda ingin mengetahui tentang kesan dari kecederaan pada peha yang anda alami tempoh hari. Kami akan cuba menjelaskan kepada anda.
Umumnya rawatan tulang perlu disertai dengan rawatan tambahan seperti fisioterapi untuk mengembalikan fungsi penuh kepada anggota tubuh yang cedera.
Menurut garis pandunan KKM, kecacatan fizikal bermaksud ketidakupayaan kekal anggota badan sama ada disebabkan oleh ketiadaan atau ketidakupayaan mana-mana anggota badan yang boleh menjejaskan fungsi mereka dalam melakukan aktiviti asas sepenuhnya. Aktiviti asas ini lazimnya merangkumi penjagaan diri, pergerakan dan penukaran posisi tubuh badan.
Oleh itu anda disarankan untuk merujuk ke Pakar Perubatan Rehabilitasi untuk maklumat lanjut.
Anda juga digalakkan untuk menghubungi doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.