Sulit
3 tahun
Tidak boleh tidur kerana berdebar
saya remaja 16 tahun .saya sangat penat dan ngantuk tetapi apabila saya cuba tidur malam,saya tidak boleh .jantung saya juga berdebar walaupun dalam keadaan tenang.pada hari pertama dan kedua saya hanya dapat tidur 3/4 jam sahaja .masuk sahaja hari ke 3 saya langsung tidak boleh tidur.badan saya juga sangat penat.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu tidak boleh tidur kerana berdebar. Berdasarkan keterangan yang anda berikan, keadaan sebegini mungkin disebabkan oleh:
- Tidur yang kurang berkualiti
- Masalah hormon
- Tekanan emosi
Dapatkan tidur yang lena untuk teruskan aktiviti harian !
Untuk mendapatkan tidur yang lebih berkualiti, amalkan sleep hygiene yang betul. Amalan sleep hygine adalah salah satu cara mendapatkan tidur yang lena pada waktu malam. Iaitu:
- Elakkan makan dan minum sebelum waktu tidur. Ambil makan malam anda lebih awal.
- Masuk tidur pada waktu yang sama setiap hari untuk membina pola tidur anda
- Elakkan melihat skrin atau alat elektronik sebelum tidur
- Banyakkan bersenam dan bergerak aktif pada waktu siang untuk membantu anda lebih lena pada waktu malam
- Tidur dalam keadaan gelap, sunyi dan suhu yang selesa
Untuk info tambahan, anda boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih