
Sulit
3 tahun
Tidak datang haid tetapi keluar keputihan dalam bentuk coklat
Hi doktor sy berusia 20 thun. Saya lambat datang haid dan kitaran haid saya tidak menentu. Sy mendapati keputihan saya berwarna coklat dan belum datang haid. Bole terangkan saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Usia
- Berat badan terlalu rendah
- Tekanan emosi atau stress
- Policystic Ovary Syndrome
- Fibroid dalam rahim
- Gangguan hormon
- Kesan penggunaan ubat-ubatan tertentu
Untuk makluman anda, masalah keputihan berwarna coklat boleh disebabkan oleh beberapa penjelasan seperti:
- Ovulasi
- Kehamilan jika sudah berkahwin
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
- Keguguran jika sedang hamil
- Kanser endometrium atau serviks
- Sindrom ovarium polikistik
- Ektropion serviks
- Jangkitan seperti “vaginitis” dan “cervicitis”
- Wanita yang bermenstruasi dengan gangguan pendarahan atau penipisan darah
- Kitaran haid yang tidak teratur dan “spotting”:Sesetengah wanita hanya mempunyai haid yang tidak teratur dan spotting tanpa sebab yang jelas.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan