Sulit
4 tahun
Tidak datang period sebab berat badan naik
Hai , saya berumur 25 tahun . Dulu berat badan saya hanya 40kg dan tiada masalah period yang tidak teratur tp sekarang berat saya naik sampai 52kg dab saya perasan period saya bermasalah . Contohnya bulan 8 haritu , period saya sebulan . Dan bulan 9 period saya mcm biasa tp bulan 10 dan 11 ni period saya tak dtg . Apa punca nya ? Sebab berat badan saya naik ke ? Normal ke ? Saya risau .
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Kenaikan berat badan ini boleh merupakan masalah diet ataupun masalah hormon dan ovari seperti penyakit Polycystic Ovarian Disease. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.