
Sulit
3 tahun
Tidak dtg period selepas ct scan
Assalamualaikum. pada 2/3/22 saya ada buat pemeriksaan Ct Scan atas saranan doktor kerana ada masalah sembelit. saya mahu tanya, adakah imbasan ct scan boleh membuatkan period tidak dtg? saya sebelum ni period normal pada tiap2 bulan ada dtg period dan tkpernah miss period. tapi pada bulan ini period saya mcm tkdtg je. saya ada rasa sakit pada bahagian payudara tetapi tiada tanda2 period akan dtg. semasa ct scan saya ada makan ubat alahan dan juga air oren 3 gelas yg diberikan oleh doc sebelum ct scan. last period 15/2/22. jadi persoalan saya, adakah imbasan ct scan akan membuatkan period tidak dtg?

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Anda mempunyai persoalan tentang kesan Pengimejan CT atas haid anda yang lambat dalam bulan ini. Untuk pengetahuan anda, tiada bukti kukuh yang menunjukkan kesan negatif imbasan CT atas haid wanita. Anda boleh rujuk pautan ini untuk maklumat lanjut tentang imbasan CT.
Saya menasihatkan anda untuk terus memantau simtom-simtom badan dan membantu diri atau doktor dalam mencari punca haid tidak teratur sekiranya masalah ini berlanjutan.
Antara sebab-sebab haid tidak teratur atau lambat termasuk:
- Ubat perancang kehamilan
- Status mengandung
- Tekanan emosi
- Gangguan pemakanan seperti Anoreksia nervosa dan bulimia
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur/haid lewat/haid berpanjangan/haid berlebihan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!