
Sulit
5 tahun
Tidak mengandung tapi keluar cecair seperti susu dari puting
sewaktu saya berumur 18 saya selalu pergi ke klinik dan hospital atas urusan buah dada saya sebelah kanan sakit iaitu berhampiran ketiak dan saya disahkan bebas dari kanser payudara dan doktor hanya bagitahu mungkin atas faktor saye mengangkat barang yang berat. ada juga keluar cecair jernih pada awalnya apabila saya membersihkan di bahagian puting. pada umur 20 cecair mula berubah warna seperti susu apabila memicit bahagian puting.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala payudara mengeluarkan susu yang anda alami boleh disebabkan:
- Prolaktinoma - disebabkan hormon prolaktin dihasilkan berlebihan oleh kalenjar pitutari
- Hipotiroid - masalah kalenjar tiroid kurang aktif
- Kesan ubat seperti metochlopramazine, domperidone
- “idiopathic galactorrhoea” - punca yang tidak diketahui
- Nanah akibat jangkitan dalam saluran susu
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.