
Sulit
4 tahun
Tidak Selesa di perut macam angin… Kerap jgk sendawa bila urut pada perut… Naik ke Dada MCm tak selesa. Dan lengan kiri bili picit satu urat terasa mcm karen sampai ke jark
Saya lelaki… Tidak Selesa di perut… Mcm selalu lapar… Mcm angin… Kerap jgk Sendawa bila urut pada perut atau tempat2 lain… Naik ke dada… Dan rasa tak selesa pada lengan kiri, bila picit pada lengan bwh ketiak terasa cm karen sampai ke jari… Gastrik atau sakit lain

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda.
Kami memahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah tidak selesa pada perut. Untuk makluman anda, secara umum, kondisi sebegini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara seperti:
- Penyakit GERD
- Gastrik
- Masalah hempedu - seperti radang hempedu, jangkitan dalam hempedu, batu karang
- Masalah organ pankreas - menyebabkan ketidakhadaman dan ketidakselesaan
Untuk mengetahui punca sebenar, pemeriksaan fizikal dan ujian klinikal perlu dilakukan di klinik. Oleh itu saya menasihatkan anda untuk ke klinik atau hospital berdekatan untuk tindakan dan rawatan lanjut sekiranya hal ini berpanjangan dan mengganggu aktiviti harian anda.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.