
amaerizzat28
3 tahun
Tidak selesa di tekak terasa seperti lendir atau kahak yang tersangkut di tekak tetapi tiada mengalami batuk batuk atau sakit tekak
Doctor, sejak kebalakangan ini tekak saya terasa seperti ada lendir atau kahak yang seperti terlekat di tekak saya tetapi saya tiada mengalami batuk batuk atau sakit tekak cuma ia terasa kurang selesa sedikit doctor. Saya ingin tahu doctor adakah ia merupakan salah satu penyakit yang bahaya ataupun merupakan salah satu simptom covid dan boleh doctor bagi pencerahan untuk menghilangkan rasa lendir atau kahak yang terasa di tekak saya ini doctor

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kerisauan anda yang mengalami ketidakselesaan pada bahagian tekak. Kami akan cuba membantu anda.
Antara perkara yang boleh menyebabkan masalah anda ialah :
- Jangkitan kuman atau virus
- Postnasal drip
- Tonsilitis
- GERD (Asid refluks)
- Kesan sampingan ubat
- Merokok
Kami tidak dapat memberikan anda kepastian mengenai masalah anda kerana kami memerlukan maklumat tambahan daripada anda. Anda dinasihatkan untuk merujuk kepada doktor sekiranya perkara ini berpanjangan atau bertambah teruk. Anda boleh mendapatkan nasihat daripada doktor kami sekiranya perlu.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.