
Sulit
4 tahun
Tidak selesa pada zakar
Rasa tidak selesa pada zakar dan rasa mcm mahu sentiasa kencing… But tidak pun… Dan satu lagy saya juga kerap kencing walaipun kuranh minum air… Kenapa ya??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang hadapi. Masalah kencing tidak lawas boleh berpunca dari beberapa sebab, seperti:
- Jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
- Saluran kencing yang sempit (urethral stricture)
- Karang pada saluran kencing
- Jangkitan kelamin (sexually transmitted infection)
Sila berjumpa doktor dengan segera sekiranya anda mempunyai tanda-tanda berikut:
- Kencing sakit
- Air kencing bercampur darah dan bernanah
- Kaki kembang atau bengkak
- Sakit perut
- Demam
Untuk masalah kerap kencing walaupun anda kurang minum air mungkin disebabkan oleh masalah berikut:
- Kencing manis
- Darah tinggi
- Masalah buah pinggang
- Ubat-ubatan seperti ubat darah tinggi
- Pengambilan kafein dan alkohol
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor untuk diperiksa lebih lanjut dan rawatan dapat diberikan. Kami tidak dapat memberikan kata putus kerana lebih banyak maklumat diperlukan.
Jika anda masih mempunyai soalan, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk penerangan lanjut daripada doktor kami. Terima kasih.