Perlu Bantuan?

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Tidak subur selepas setahun saya berhenti mengambil ubat postinor

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: November 28, 2020 4:20 AM

Sulit 51 hari

Saya berumur 41 tahun…saya mempunyai 3 orang anak… anak yg ketiga berumur 6 tahun… masalah saya selepas lahir anak…saya byk ambil ubat postinor…last saya ambil ubat postinor tahun lepas bulan 11…dan sekarang saya nak dptkan anak…adakah sbb pengambilan ubat postinor saya jadi tidak subur?..terima kasih

Dr Sashini Seeni 51 hari
General Practitioner

Hai, terima kasih kerana berhubung dengan kami untuk bertanyakan persoalan anda. Saya fahami kebimbangan yang anda sedang alami kesan daripada pengambilan pil postinor.

Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik !

Untuk makluman anda, postinor mengandungi hormon progesteron yang tinggi bagi menghalang kehamilan berlaku. Sekiranya postinor diambil secara kerap, terdapat beberapa kesan sampingan yang biasanya berlaku seperti :

  • Keletihan
  • Mual
  • Muntah
  • Sakit perut
  • Cirit-birit
  • Pening
  • Sakit kepala
  • Sakit payudara
  • Pendarahan faraj
  • Tindak balas kulit
  • Haid tidak teratur
  • Pendarahan

Tiada satu pun kaian menunjukkan bahawa postinor menyebabkan anda kurang subur. Terdapat faktor lain yang perlu diambil kira seperti usia anda. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kesuburan, sila berjumpa dengan doktor di klinik untuk pemeriksaan lanjut.

Perancangan keluarga penting untuk kesejahteraan rumah tangga. Khidmat nasihat pakar, dapat membantu anda.

Anda juga boleh berhubung dnegan Pakar kami secara peribadi di ( DoctorOnCall ) untuk dapatkan khidmat konsultasi. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Sat Nov 28 2020 04:20:28 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan pakar tentang masalah kesuburan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
prinklin96
Lelaki dan kemandulan “doktor, betul ke lelaki takkan mandul sampai tua ? orang cakap perempuan akan kurang subur bila berumur tapi lelaki takkan jadi macamtu, betul ke ?” Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Tidak subur selepas setahun saya berhenti mengambil ubat postinor Saya berumur 41 tahun…saya mempunyai 3 orang anak… anak yg ketiga berumur 6 tahun… masalah saya selepas lahir anak…saya byk ambil ubat postinor…last saya ambil ubat postinor tahun lepas bulan 11… Baca lagi...
51 hari
prinklin96
Lelaki mengalami masalah kesuburan Hi, saya dan isteri ingin mendapatkan zuriat setelah berkahwin selama 4 tahun. Isteri saya telah melakukan pemeriksaan kesihatan dan imbasan scan serta ujian darah mendapati bahawa segalanya kelihatan… Baca lagi...
4 bulan
Sulit
Masalah batang lambat tegang Saya mempunyai masalah batang tidak tegang… susah utk tegang… bila tengok porn,gosok2 batang senang pula dia tegang… apa masalah nya ya?bru terjadi bulan dua ni Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Kitaran haid normal atau tidak? Sy wanita berumur 23 tahun, sy mempunyai kitaran haid 38hari adkh Ianya kitaran yg normal ? Jika tidak sy risau ianya akan mnganggu kesuburan sy memandangkan sy telah berkahwin Baca lagi...
4 bulan