
Sulit
4 tahun
Tips kehamilan dan cara untuk tahu kita hamil
Saya 23tahun dan baru sahaja berkahwin. Boleh beri tips untuk cepat lekat. Dan boleh saya tahu cara untuk mengesan kita hamil

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Waktu persenyawaan yang paling efektif adalah kira-kira 2 minggu selepas haid berakhir. Namun begitu anda masih perlu mengenalpasti keadaan kitaran haid anda. Suami juga perlu menjalankan pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh.
Untuk mengetahui anda hamil atau tidak, ujian air kencing upt boleh dilakukan selepas 2 minggu anda tidak datang haid.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih